Jumaat, 19 Mac 2010

Hidup iNi...

hariku indah
berhias larik bahagia
untai kata
membentuk rangkaian arti
tersusun menjadi bait yang penuh makna
bersatu membentuk puisi kehidupan
indah meski terhiasi dengan sedikit coretan
coretan yang menjadikan kesempurnaan
revisi alur untuk keutuhan cerita
indah
mengalun dengan hati
terangkai dengan begitu apik
mencipta estetika dalam benak dan imaji

Rabu, 17 Mac 2010

Suara duka hatiku...pahit ku telan jua.

Suasana mengubah segalanya. Jika dahulu kita gembira bersama teman2 yang disayangi, bila meningkat usia kegembiraan itu kian pudar! entah mengapa aku hari ini, tersentuh sampai ke hati, sebelum ini aku tidak pernah untuk memendam rasa hati sebegini, marahku hanya sekejap, tapi hari ini aku tidak tahan lagi dengan sikap seseorang yang kadang kala menyeksakan aku juga kadang kala ingin menjatuhkan aku. Walaupun aku jenis yang tidak kisah seperti orang lain, namun aku mempunyai maruah yang x boleh dijual beli, ada juga kadang kala aku seperti diperbodohkan. Hari berganti hari, aku bertahan dengan sikapnya...namun apabila menerima mesej sebegitu, aku terus mula untuk menjauhkan diri darinya. Aku tahu aku bukanlah manusia yang sempurna, aku manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Seperti orang lain juga, aku inginkan sahabat yang baik, sahabat yang mampu bangun, berdiri bersama bukan seperti ingin memalukan dan menjatuhkan sesiapa. Aku akui disini aku tidak mempunyai kawan yang baik, yang boleh berkongsi suka dan duka, berkongsi masalah dan sebagainya. Aku mendoakan semoga sahabatku itu berjaya dunia dan akhirat. Semoga berbahagia dan mencapai kecemerlangan dari semasa ke semasa....

Isnin, 8 Mac 2010

Sambil menyelam minum air batu campur (ABC)


Inilah ahli-ahli kumpulan ku, tapi sorang x masuk sori erkk

Memang Meletup ABCnya.....
Seketika meniti ranjau penuh berliku, seketika itu jua ku gagah melangkah ke Kolej nun juah pedalaman... malam dihiasi dengan bintang dan bulan tatkhala juga dihiasi lampu jalan yang mengasyikan, kedengaran jua bunyi kicauan burung mungkin kelaparan, mungkin jua mencari teman untuk bersuka ria. Ketika itu, laluan di lorong yang gelap..menaikkan lagi bulu roma ku...arghhh...mesti ada sesuatu yang berada ditepiku. Lantas ku meneruskan perjalanan menuju ke lokasi yang dituju iaitu Kolej Za'ba. Malam nie kami sedang berbincang mengenai tugasan Kod tangan, kepeningan teramat sangat...dah la banyak giler tugasan yang diberikan sampai 7 tugasan. Pehhhh x pernah lagi dalam hidupku dapat tugasan sebanyak itu...namun itu adalah untuk kebaikan aku sendiri. Malam itu kami bincang drama n sedikit microteaching...sambil bincang2 kami minum lah air ABC...pehhh meletup beb...sedap gak harga pom boleh tahan. Kawan India ku nie mmg suke giler...datang jek kolej nie..pasti mintak ABC....aku pom apa lagi...semakin suka. huahua ok la stop sini lu...ada story best2 nanti ku habaq...k

Sabtu, 6 Mac 2010

Rancangan Pengajaran Harian...aduhai....


Rancangan Pengajaran Harian lengkap panjang lebar...

Begitulah lumrah bakal pendidik di Universiti Pendidikan Sultan Idris...saban semester saje, pasti ada aje.. kene buat Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kadang2 dah naik boring asenya...RPH Vs Microteaching...semester ini, dua RPH kene buat...dengan olahan panjang lebor, satu persatu...mantap kiranya RPH ini di praktis di sekolah kelak. Namun sekadar belajor saje disini, bila patah balik ke sekolah. ermmmm.....setengah muka surat pom ase x sampai. Sekadar mencukupi syarat item dah kira ok...itulah kata2 yang sy dgr oleh guru2 semasa sy menjalani Prtikum selama 2 minggu tahun lalu. Sekadar berkongsi cerita dgn guru2 yang sudah lama berkhidmat, ilmunya cukup luas, tiada tolok bandingnya...bila melihat RPH mereka...tersenyum lebar dibuatnya...mungkin terlebih pengalaman sehinggakan 3 baris sahaja....tapi sy beranggapan mereka mempunyai ideologi tersendiri untuk mentafsir RPH mereka. Pesanan untuk diri saya dan teman2 yang lain...anggaplah setiap masa kita baru saja berkhidmat dan baru saje memulakan tugas sebagai pendidik.......barulah kita bersemangat dalam semua situasi.

Khamis, 4 Mac 2010

Sesuatu yang aneh dalam mimpiku...

Argahhh jam ditanganku menunjukkan tepat 4 pagi...tersedar dari tilam empukku...mengucap panjang....ketika itu...... Sesuatu yang aneh hadir dalam mimpiku...mungkin malam tadi, luar biasa bagiku tido terlalu awal sekitar jam 12 tghmlm disebabkan kepala kepeningan. Apa yang sedang difikirkan dibenak fikiranku adalah mimpi yang sebelum ini, tidak pernah ku mimpikan... sehingga malam tadi tetiba muncul seorang wanita berkulit putih tiba-tiba muncul dalam mimpiku...sekiranya diberi peluang izinku menatap wajahnya. Namun tidak kesampaian hanya sempat mendengar kata-kata terakhir wanita itu berbunyi" aku bahagia bersamamu, terima kasih" . Aku terus bangun memandang sekeliling, namun tiada siapa yang ku lihat...lantas ku bangun.. mandi dan terus solat istiqarah, hajat n tahjud....ketenangan kian terasa. Mengapa mimpi tadi wanita itu, tiba-tiba muncul dalam hidupku...aku x pernah mengharapkan untuk menemuai sapa2 dalam masa terdekat ini. Kalau muncul lagi...Ya Allah ya tuhanku tunjukkanlah siapa wanita itu....