Rabu, 29 Jun 2011

PART TIME...


Salam kasih abadi semua... Cuti sekolah pun dah hampir 2 minggu berlalu, sememangnya semua orang akan menanti saat indah itu, sebabnya dapat berehat puas2, mengziarahi orang tua di kampung, sanak saudara, rakan2 dan paling popular bila cuti sekolah nie ialah ramai org mengambil kesempatan utk mengadakan "bekwoh" atau kenduri kendara. haaaa cuti sekolah lepas, kome ada buat part time sebagai penghias pelamin, waah mcm x caye je kan..haa ang ingat org laki x boleh buat. Untuk majlis pkhiwan lepas majoriti memilih warna merah dan putih sebagai tema majlis phwinan mereka. Senorok pulak bile nengok org kawen nehh..terasa ja nak kawen..aishhh mana boleh, ekonomi pun lom stabil, nak kawen mcm mana? kan..hahahaha untuk entry nie kome nak kongsi sikit la, mengenai job yg kome buat neh...korang nak taw, keje mcm nie kene penelitian, kekemasan, sabar, dan banyak lagi...almaklumlah pelanggan cita rasa berbeza dan perangai pun berbeza, ada yg cerewet, ada yg ok, mcm2 lah... best gak jadi pghias pelamin org kawen neh..banyak mende yg dapat..thank buat kak nah yg sudi ajar banyak benda utk dapatkan yg terbaik. Nie hampa nengok pic nie, lawa x kome hias...

Selasa, 28 Jun 2011

CUBA UNTUK MENJADI PENULIS...

~~Nie Ulangkaji diakhir setiap modul~~~

~Nie untuk memudahkan pelajar ringkas dan padat~

Setiap modul mesti ada pengenalan, then TAHUKAH ANDA?

~Hasil pembelajaran adalah skop penting disetiap modul~

~muka depan setiap modul~~

~Menggunakan teknik yg sgt ringkas dgn isi yg padat~

~ Olahan juga diterangkan~
Assalamualaikum...

Syukur alhamdulilah kome panjatkan kehardat ilahi, sesungguhnya dapat kome mengintai kamar blog ini, walaupun dihambat kesibukan beberapa minggu ini. Untuk entry kali nie kome nak menceritakan mengenai diri kome yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Bukan penulisan sastera, tetapi penulisan akademik. Mungkin rezeki kome murah, kome dapat tawaran daripada Fakulti kome untuk menyediakan satu modul pengajaran yang bermakna bagi satu kursus di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Wahhh macam pensyarah pulak kome nie...tapi x apa, kome sahut cabaran itu. Dan alhamdulilah modul kome di terima, syukur sangat2...kome doakan pelajar2 yang menggunakan modul kome itu dapat memanfaatkan dengan baik. Tak tido malam taw kome siapkan, cari idea, bukak balik nota2, intai2 dlm web, buku akademik...aah..so, kome harap adik2 di UPSI gunakanlah modul pengajaran tersebut dengan baik. Sudah tentu ang pa semua tanya, banyak ke dapat duit, beribu-ribu ka? yg 2 kome x maw la bgtw..boleh cikit2... nie kome habaq mai, dalam idup nie, kene ada inovasi taw...baru kita akan berjaya...kat sini juga kome masukkan beberapa gambar modul kome..hehehe... kome harap hampa semua doakan kejayaan kome erk..mana taw boleh jadi penulis buku suatu hari nanti...hehe=p

Jumaat, 17 Jun 2011

KENANGAN HARI GURU 2011...


~~~~ Hadiah dari PPKI SMKSN~~~

~~~~cantik kadnya...sape cikgu seni erk?


~~~kreatif~

~~~nie hadiah budak haziq yg manja~~~


~~nie hadiah budak yg paling nakal...dialah yang banyak menangis bila sy nak berundur~~

Syukur alhamdulilah, diri ini dapat lagi bernafas dan masih lagi diberi taufik dan hidayah untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Pejam celik, pejam celik dah habis kome menjalani latihan mengajar di SMK Seri Nering Jerteh Terengganu. Banyak kenangan yang diperolehi sepanjang menjalani LM di sana. Pengalaman yang sebelum ini tidak pernah dirasai di mana. Memang benar orang kata, Praktikal lagi mencabar berbanding belajar teori di dalam kuliah. Di kesempatan untuk entry kali ini, kome nak bercerita mengenai kenangan sambutan hari guru 2011 di SMKSN, sangat seronok bila lagu "KAMI GURU MALAYSIA" didendangkan. Terasa bulu roma nie naik... sangat2 menyentuh hati, walaupun 3 bulan mengajar di sana, tapi naluri seorang guru terselah bak kata DR Nasir Masran, pensyarah yang memantau kome. Syukur alhamdulilah kali nie kome dah buat yang terbaik dan hasilnya kome dapat A(4.00) untuk LM. Oppsss ok, berbalik mengenai sambutan hari guru, budak2 from 6 kemain lagi suh kome menyanyi...aduiii suara mmg x sedap..kalo bersajak kome suka. tapi bedal je...yg penting enjoy dan spoting. Kira banyak jugak kome buat psembahan, psembahan sekali dgn budak khas mmg best jugak, kome masih ingat lagi lagu yang dipersmbhan iaitu "TERIMA KASIH CIKGU", suke sangat lagu neh....rindu sangat dengan student kome. Rasa2nya kome nie mmg dilahirkan sebagai seorg guru la... budak2 pun enjoy dgn cara kome mengajar... kome gembira sangat bila budak2 msj cikgu sy boleh jawab exam ari 2...wahhh mmg terasa sangat keterujaan 2... hehe. Ok lah time ari 2, kome dapat banyak jugak hadiah, nie sebahagian hadiah yg kome masukkan...terima kasih cikgu ucapakan...CIKGU SAYANG KAMU SEMUA......

Jumaat, 28 Januari 2011

Anugerah tah ape2 je..



Apa khabar teman2 blogger kiter? hampa semua sihat ka? cek doakan hampa semua cihat selalu hendaknya. Busy ka hampa semua? cek taw hampa semua busy..maklumkan komitmen mmg x akan selesai. Untuk kali nie, cek nak habaq story pasai anugerah yg cek terima malam pragraduasi sem 7 yg lepas. Amboi kemain lagi juru acara majlis yg sempoi cik Ros dan En Youp. Mmg meletup la diaorg berdua digandingkan, ada bakat. Buat kali pertama, cek terima anugerah pelajar paling berketrampilan. Hai ketrampilan ka cek nie? mcm dak ja...hampa semua nie, salah orang nk bg anugerah 2...yg layaknya cik rosyanti kita. Hampa nie pilih la btoi2...tapi cek ambek ja lah. ang nak taw hadiah apa yg diaorg bagi? lampu tidoq. Cek baru ja bukak semalam, cek da taw sebelum nie hadiah pa, saja malas bukak. Jadi cek letak la lampu tidoq 2 sebelah katil cek, diaorang nie mcm taw2 ja cek suka warna hijau...cantik!!! sesangat. Selain boleh mengeluarkan cahaya, ia juga boleh dijadikan hiasan dlm bilik. Cek akan simpan eloq2..kenangan 2...hehe...


Isnin, 24 Januari 2011

Semester Tujuh Dalam Kenangan...

Semester tujuh adalah penghujung segala suka dan duka buat diriku. Pengalaman yang cukup manis yang tidak pernah dirasai sebelum ini, diri ini baru mula merasai erti kehidupan di kampus. Mungkin semester tujuh menjadi pengubat rindu yang tidak akan pernah pudar dalam gelombang memoriku...setiap hari yang dilalui pasti ada jua kenangan, ada yg pahit dan ada yg manis. Walaupun dihambat onar yang sering menjenguk dicelah2 waktu kesibukan, namun segala persiapan untuk asigmnt dan perbincangan dilaksanakan dgn baik. Semester lalu, aku mengambil 5 kursus, semuanya subjek major. Subjek Latihan kemahiran Hidup dan Pravokasional yang paling getir membuatkan aku tidak tido lena kerana setiap hari perlu disiapkan tugasan yang diberikan. Kadang kala rasa penat sangat, namun x terluah dengan kata-kata. Aku inginkan tugasan yg terbaik. Tak dinafikan sepanjang pelaksanaan tugasan tersebut, banyak kerenah dan masalah yg timbul. Dari ahli kumpulan sehinggalah pencarian bahan-bahan untuk melaksanakannya. Alhamdulilah dgn kegigihan dan kesabaran akhirnya tugasan tersebut berjaya disiapkan. Tersenyum lebar dua org ahli kumpulanku apabila berjaya mendapat markah 60/60. Seungkup kata2 terkeluar dari salah seorang kumpulanku 2..wan thanks sangat, sbb idea ko dan usaha ko yg lebih kump kita dapat markah sedemikian. Aku membalas senyumannya penuh makna. Mungkin saat ini baru mereka terfikir untuk menjadi yg terbaik, haruslah dilakukan dgn usaha yg terbaik. Aku tak kisah, asalkan segala apa yg aku buat memberi kepuasaan yg bermakna dlm hidup aku. Memang x diakui semua org membenci sikapku yang sentiasa inginkan yg perfect dlm tugasan. Bagi aku itu adalah cabaran yang harus aku lalui, aku berpegang pada prinsipku kerja harus dilakukan dgn komited dan bersungguh-sungguh, biarpun dimata kita perfect namun dimata pensyarah adalah lain. Disamping kenangan dalam melaksanakan tugasan bersama rakan2, aku jua x terkecuali dgn sinis2 yg dilontarkan oleh teman2... aku sering dilebalkan anak kesayangan pensyarah2. Anak mama, anak ibu, anak abah, anak papa, mcm2 lah aku dgr desus2 yg sampai dari telinga luarku ini. Namun aku tak kisah pun...yang penting ikhlas dan x salah pun untuk berbuat baik dgn guru kita. Hari2 yg berlalu meninggalkan seribu kenangan di UPSI. Aku gembira apabila bersama teman2ku, aku lontarkan jauh2 segala permasalahan yg timbul, bagi aku kawan adalah segala-galanya. Tanpa kawan, mungkin kita x mengetahui kelemahan diri kita sendiri. Lantaran itu, berkawanlah seramai yg mungkin...hehe eh banyak bebel tol la aku nie. Ok stop pasal 2..sebenarnya cek nak luahkan rasa syukur sangat semester 7 nie sbb keputusan peperiksaan pun boleh la tahan. syukur sesangat walaupun x dpt 4 flt seperti yg diimpikan namun alhamdulilah hampir2 pun dah cukup bermakna dah...sekalung tahniah buat semua pensyarah dan teman2ku yg sama-sama berganding bahu memberi tunjuk ajar dan ilmu kpdku . thanks buat u all...

Ahad, 23 Januari 2011

Persediaan mengajar + Persediaan JERI



Nielah RPH yg lom dihias lg...nama guru pembimbing x taw lg..haha

Sekelumit hati ini tergerak untuk menulis entry seterusnya, walaupun dilanda kesibukan yang teramat sangat...al-maklumlah semakin dewasa, semakin banyak komitmen dan tugas yang harus dilaksanakan. Walau apa pun, jiwa ini masih disini...sedetik lagi hamba akan memulakan tugas sebai guru pelatih disebuah sekolah Menengah di daerah Besut Terengganu. Jiwa ini tak sabar2 untuk memikul tanggungjawab sebagai pendidik. Cukup besar amanat yang diberikan kepada sy untuk mendidik anak bangsa. Apabila disebut mengajar dan mendidik ia memberi makna yang berbeza, sering kali kita terlupa istilah ini. Namun harus diingat bahawa mendidik lebih sukar dari mengajar. Dalam mendidik itu juga ada mengajar. Oleh yang demikian, wajarlah guru mempunyai niat mendidik...huhuhu

huhhh...ponat den menulis, ada ku kisah kan...mengajar ke mendidik yang penting akhir bulan dapat duit, ishhh x baik 2 kome ckp lagu 2... habis nk habaq lagu mna lg? kalu bukan lagu 2... ishhhh teruq nya hampa kalo niat hampa lagu 2... x yah la...tugas kita nie mulia, niat kene btui..jadilah guru sebenar guru...cek pom ingatkan diri cek jugak...sama2 lah kita jadi guru yang sebenar guru....eh lupa, sebenarnya cek nak tunjuk buku persediaan mengajar cek...lom dihias lagi, sbb banyak maklumat lagi yg perlu diperolehi sebelum dihias cantik...hampa pun kata, eleh hias cantik2 buat pe? yang penting maklumat, RPH perlu betui...kan, hampa 2 laki x yah buat lawo2..biasa2 ja... ehhhh nie cek habaq mai...itu pemikiran dulu...cg laki pom skrg makin rajin pa, kenelah buat kelainan...btui la hampa kata RPH kene btui...yo la, selain kene btui...kene cantik2, baru semangat nak buat..x gitu mak ngah dia??? mcm org jugak..kalo cantik, mesti org pandang punya...hampa semua kene buat lawo2, biaq bukak mata cikgu2 sek ang 2...nanti dia kata..wahhh rajinya budak2 upsi..itu yg kita maw. hehe En Putra Senja ckp mmg senang...kita nie hbis daya dah buat...tp x dak pun pujian. ishhh hampa nie, x yah la nk harap2 pujian...yg penting kita buat ikhlas dan niat yg betui...


penotnya...cek stop kat sini dulu na...anak nangis dah...nk bg susu dulu. bye...

Ahad, 7 November 2010

Kau Dalam Kenanganku...

Bergambar di Tasik Proton City Perak