Ahad, 28 Februari 2010

Cepatnya masa berlalu...

























Pejam celik, pejam celik masuk minggu ke-9 untuk semester ini, wahhh cepatnya masa berlalu...seperti baru minggu pertama...bila dah sampai minggu akhir2 seperti ini, maka tugasan perlu dibereskan...ada yang masih belum selesai, ada yang dah selesai dan ada yang 50%, 50% selesai...Namun begitu dengan azam yang kuat, berpaksikan semangat yang luhur minggu ini akan ku bereskan semua asigmnt...walaupom kadang kala kesibukan melanda dengan aktiviti Kolej, Persatuan, namun kerja2 utama ini harus diutamakan....

Antara tugasan yang perlu dihantar pada minggu ke-10 ialah kod tangan(ulasan jurnal, cerita rakyat, microteaching, drama), sistem undang-undang (ilmiah dan ulasan jurnal)....



huhuhu....

Kenali diriku Sang Putra Senja...

Sejuk, dingin hawa seakan-akan lembut membisik, memujuk perasaan untuk saya mencipta percikan blog ini sepantas yang mungkin. Kedamaian ini tentunya menganugerahkan percikan ilham, menambah kekuatan untuk saya meluahkan suara hati dan membicarakan hal-hal yang sewajarnya dibicarakan , walaupun kadang kala dihambat kepayahan kerana onar sering juga menjenguk di celah ruang masa yang sibuk tatkhala pelbagai rintangan yang sukar di atasi namun alhamdulilah akhirnya saya dapat memenuhi cita-cita saya ini...
Permulaan bicara ini, saya ingin memperkenalkan diri saya untuk mereka yang gemar melayari blog saya ini. Selembut sutera Seharum namaku Mohd Reduan Bin Daud. Lebih mesra dikenali sebagai Cikgu zuan atau wan ganu. Lagu ulik maya senonim dengan negeriku Terengganu Darul Iman. Berumur 23 tahun, dan dilahirkan pada 11 November 1987. Sekarang menuntut di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Pendidikan Khas/ Pengajian am). Ketika larut malam tiba saya gemar mencipta puisi, sajak, pantun, madah dan gemar mencipta novel. Dengan menghasilkan karya seperti itu, ketenangan jiwa menusuk kalbu hadir dalam sanubariku....begitulah rutian harian ku...