Rabu, 17 Mac 2010

Suara duka hatiku...pahit ku telan jua.

Suasana mengubah segalanya. Jika dahulu kita gembira bersama teman2 yang disayangi, bila meningkat usia kegembiraan itu kian pudar! entah mengapa aku hari ini, tersentuh sampai ke hati, sebelum ini aku tidak pernah untuk memendam rasa hati sebegini, marahku hanya sekejap, tapi hari ini aku tidak tahan lagi dengan sikap seseorang yang kadang kala menyeksakan aku juga kadang kala ingin menjatuhkan aku. Walaupun aku jenis yang tidak kisah seperti orang lain, namun aku mempunyai maruah yang x boleh dijual beli, ada juga kadang kala aku seperti diperbodohkan. Hari berganti hari, aku bertahan dengan sikapnya...namun apabila menerima mesej sebegitu, aku terus mula untuk menjauhkan diri darinya. Aku tahu aku bukanlah manusia yang sempurna, aku manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Seperti orang lain juga, aku inginkan sahabat yang baik, sahabat yang mampu bangun, berdiri bersama bukan seperti ingin memalukan dan menjatuhkan sesiapa. Aku akui disini aku tidak mempunyai kawan yang baik, yang boleh berkongsi suka dan duka, berkongsi masalah dan sebagainya. Aku mendoakan semoga sahabatku itu berjaya dunia dan akhirat. Semoga berbahagia dan mencapai kecemerlangan dari semasa ke semasa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan