Isnin, 24 Januari 2011

Semester Tujuh Dalam Kenangan...

Semester tujuh adalah penghujung segala suka dan duka buat diriku. Pengalaman yang cukup manis yang tidak pernah dirasai sebelum ini, diri ini baru mula merasai erti kehidupan di kampus. Mungkin semester tujuh menjadi pengubat rindu yang tidak akan pernah pudar dalam gelombang memoriku...setiap hari yang dilalui pasti ada jua kenangan, ada yg pahit dan ada yg manis. Walaupun dihambat onar yang sering menjenguk dicelah2 waktu kesibukan, namun segala persiapan untuk asigmnt dan perbincangan dilaksanakan dgn baik. Semester lalu, aku mengambil 5 kursus, semuanya subjek major. Subjek Latihan kemahiran Hidup dan Pravokasional yang paling getir membuatkan aku tidak tido lena kerana setiap hari perlu disiapkan tugasan yang diberikan. Kadang kala rasa penat sangat, namun x terluah dengan kata-kata. Aku inginkan tugasan yg terbaik. Tak dinafikan sepanjang pelaksanaan tugasan tersebut, banyak kerenah dan masalah yg timbul. Dari ahli kumpulan sehinggalah pencarian bahan-bahan untuk melaksanakannya. Alhamdulilah dgn kegigihan dan kesabaran akhirnya tugasan tersebut berjaya disiapkan. Tersenyum lebar dua org ahli kumpulanku apabila berjaya mendapat markah 60/60. Seungkup kata2 terkeluar dari salah seorang kumpulanku 2..wan thanks sangat, sbb idea ko dan usaha ko yg lebih kump kita dapat markah sedemikian. Aku membalas senyumannya penuh makna. Mungkin saat ini baru mereka terfikir untuk menjadi yg terbaik, haruslah dilakukan dgn usaha yg terbaik. Aku tak kisah, asalkan segala apa yg aku buat memberi kepuasaan yg bermakna dlm hidup aku. Memang x diakui semua org membenci sikapku yang sentiasa inginkan yg perfect dlm tugasan. Bagi aku itu adalah cabaran yang harus aku lalui, aku berpegang pada prinsipku kerja harus dilakukan dgn komited dan bersungguh-sungguh, biarpun dimata kita perfect namun dimata pensyarah adalah lain. Disamping kenangan dalam melaksanakan tugasan bersama rakan2, aku jua x terkecuali dgn sinis2 yg dilontarkan oleh teman2... aku sering dilebalkan anak kesayangan pensyarah2. Anak mama, anak ibu, anak abah, anak papa, mcm2 lah aku dgr desus2 yg sampai dari telinga luarku ini. Namun aku tak kisah pun...yang penting ikhlas dan x salah pun untuk berbuat baik dgn guru kita. Hari2 yg berlalu meninggalkan seribu kenangan di UPSI. Aku gembira apabila bersama teman2ku, aku lontarkan jauh2 segala permasalahan yg timbul, bagi aku kawan adalah segala-galanya. Tanpa kawan, mungkin kita x mengetahui kelemahan diri kita sendiri. Lantaran itu, berkawanlah seramai yg mungkin...hehe eh banyak bebel tol la aku nie. Ok stop pasal 2..sebenarnya cek nak luahkan rasa syukur sangat semester 7 nie sbb keputusan peperiksaan pun boleh la tahan. syukur sesangat walaupun x dpt 4 flt seperti yg diimpikan namun alhamdulilah hampir2 pun dah cukup bermakna dah...sekalung tahniah buat semua pensyarah dan teman2ku yg sama-sama berganding bahu memberi tunjuk ajar dan ilmu kpdku . thanks buat u all...

1 ulasan:

  1. sweet moment...
    even time stdy neh byk hati terluka, dugaan hebat dgn tgsan2..tp alhamdulillah Allah anugerahkan kita jga ssuatu yg manis iaitu kenangan n kejayaan kita..

    BalasPadam